King_Control_V.1.0_Beta

RM2,665.17

Banyak sangat ker nilai ini? atau kita tidak merasa apa-apa pun pada angkah ini. Angkah ini boleh menjadi angkubah dan pembolehubah pada seseorang. Bagaimana jika angka ini berganda menjadi RM2,665 000 000.17 mungkin terkejut besar juga apabila melihat di skrin ATM!. Ini hanya satu permulaan tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Setelah ditolak kos dan liabiliti yang lain yang bersih mencukupi untuk keperluan sebulan sahaja. Pertama sekali kita jangan lupa ini ketetapan untuk kita. Apabila banyak itu ujian dan apabila sedikit itu bermakna kita perlu lebih menghampiri pencipta kita. Mungkin juga ada yang menggunakan wang sebagai kayu ukur kepada kesetiaan dan ketaatan. Kajian menunjukkan bahawa hati manusia terlalu rapat kepada wang berbanding pencipta wang itu sendiri. Jika begini keadaannya manusia tidak akan puas sampai bila-bila hanya setelah bila "Tanah masuk ke rongga mulut" barulah kita sedar antara langit dan bumi bezanya. Bersyukur dan bersabar itu akan mengatasi segalanya. Apakah bersyukur itu sekadar di lidah dan bersabar itu sekadar lintasan hati kita!. Tidak! sebaliknya percaya dan yakin dengan laksanakan dengan zahir.

Nilai sebegini hanyalah ilusi zahir tetapi tidak ada kuasa. Yang meletakkan kuasa itu apabila kita yakin perkara itu ada kuasa. Penilaian dan anggapan sebegini tidak betul. Muslim yang sebenar, tidak meletakkan kuasa andaian pada kedudukan yang salah. Kesannya, akan memesongkan kedudukan kita. Muslim sebenar hanya melihat nilai angkubah ini sebagai pembolehubah yang lemah. Sedangkan kuasa yang sebenar datangnya daripada sumber yang satu yang tidak bergantung kepada apapun.

Kita terlalu banyak terkesan dengan kuasa wang sehinggakan hari ini jika seseorang memberikan cek sahaja kita dapat merasakan kuasa "kesenangan" tapi kenapa?.

Brain_Control_V.1.0

KEMBALI KEPADA ASAS

Setiap daripada manusia mempunyai keinginan yang berbeza dan persepsi yang tidak sama. Agak sukar untuk kita yakinkan bahawa di sebalik gunung itu ada musuh yang sedang menunggu jika kita bukan manusia yang al-Amin. Apatah lagi jika kita katakan kepada mereka lagilah sukar untuk didengari. Jadi siapalah kita untuk kita renungkan bersama?. Adakah anda kenal diri anda sendiri? jika anda katakan ya! pada masa sekarang bermakna anda telah lepas untuk tangga pelepasan diri anda sendiri. Sebab anda tahu potensi diri sendiri dengan mengenal diri anda sendiri. Mungkin ada yang menyatakan bahawa itu adalah nyawa, roh atau rasa hati anda sendiri. Apabila kita menyentuh tentang asas sudah pasti anda akan lihat rumah yang kukuh ada asasnya iaitu tiang dan bukannya bumbung atau dinding!. Kembali kepada persepsi asal tadi bahawa manusia mempunyai persepsi yang berbeza dan sudah pasti ada yang tidak bersetuju bahawa asasnya sebuah rumah adalah tanah atau tapak tempat binaan rumah itu di dirikan!. Jangan kita salahkan mereka sebab itu hak dan pandangan jujur mereka. Jadi, bagaimana kita hendak membuktikan bahawa asas rumah itu adalah pada tiangnya bukan pada tapaknya!. Jadi teknik pembuktian perlu digunakan sebagai penegasan fakta anda. Dalam erti kata yang lain apakah anda mempunyai dalil aqli dan naqli?.


NOKIA E90 COMMUNICATOR VS LG FLAT SCREEN MONITOR.

Mungkin tidak ramai yang berkemampuan merasai kesenangan dan kemudahan yang segelintar rasai turut dirasai oleh diri kita sendiri. Seseorang yang mempunyai potensi diri untuk berjaya ada sesetengahnya telah lali dengan risiko. Mereka berpandangan risiko ini tidak hanya sebagai "Pengacau" yang apabila kita bergerak ke hadapan ia datang. Seorang sahabat menyatakan bahawa untuk dia memiliki aset syarikat sendiri iaitu Nokia dan LG Monitor memerlukan 6 bulan hasil daripada perniagaannya. Hampir setengah tahun!. Apakah kita yang tidak pernah terjun dalam bidang perniagaan sanggup menghadapi risiko sebegini?. Jawapan dalam diri anda sendiri. Apakah yang ada pada aset itu?. Pada saya itulah kesabaran usahawan itu. Kepuasan itu tergambar pada kesabaran seseorang memiliki aset sedemikian. Pernahkah kita terfikir keselesaan yang diperolehi itu adalah hasil daripada kesabaran. Atau adakah keselesaan menghasilkan kesabaran anda?. Jika difikirkan semula kedua-dua aset ini mempunyai kelebihan sendiri dan kekurangannya. Apabila kita menghuraikan kedua-duanya baharulah kita faham bahawasanya Nokia itu berfungsi untuk menghubungkan antara client dengan usahawan tersebut dan monitor itu berfungsi untuk melaksanakan projek rekabentuk rumah. Membeli dan memiliki dua perkara itu bukan lambang kemewahan tetapi satu keperluan untuk kelangsungan perniagaan. Lagipun kemampuan dan keperluan dua aset tersebut tercapai pada titik keseimbangan maka dengan membelinya tidak meletakkan diri seseorang itu pada risiko dan kos yang besar.

PENING KEPALA.

Bila masanya anda berasa pening kepala? atau masihkah anda ingat kali terakhir anda pening kepala. Pening kepala ini adalah satu penyakit kebiasaaan yang dialami oleh semua manusia di muka bumi ini. Ada kemungkinan penyakit sebegini datang disebabkan oleh genetik ataupun wujud secara tiba-tiba akibat tekanan dari diri sendiri. Seorang sahabat pernah merasai pening kepala hampir seminggu lamanya akibat tekanan yang kuat dari diri sendiri. Secara saintifik, pening sebegini wujud apabila minda kita tertekan akibat perasaan kerisauan yang terlalu besar dihadapi pada masa itu. Hubungan yang tidak seimbang antara akal dan perasaan menjadikan dacing keseimbangan kita berada di luar keseimbangan. Akhirnya capaian equalibirium yang sepatutnya tercapai tersasar jauh.

Tuntutan Modal Iman atau Capital Faith menuntut kita untuk meletakkan amalan yang telah disediakan agar digenggam sekuatnya. Al-Quran dan Hadith adalah pegangan keseimbangan manusia sejagat. Daripada penyakit yang paling besar hinggalah kepada penyakit hati telah termaktub di dalamnya. Kita perlu bertanya diri kita sendiri adakah kita pernah mencapai keseimbangan itu. Penilaian kita perlu berteraskan kaifiat atau metod-metod yang nabi s.a.w telah tunjukkan kepada kita. Contohnya, kita membuat satu pernyataan bahawa kita inginkan "Kesenangan". Adakah kita faham maksud tersebut? atau di dalam pemikiran kita kita membayangkan "Wang yang banyak", "Rumah yang Mewah dan indah", "Kenderaan yang besar dan berjenama dunia" atau adakah kita menggambarkan "Duduk di rumah dengan senang hati tanpa perlu berkerja dan wang masuk sentiasa tanpa henti". Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini kembali kepada asas. Kita jangan salahkan mereka kerana tuntutan kehidupan yang mereka nampak menambat pemikiran mereka ke arah itu dan itulah apa yang mereka faham tentang "Kesenangan".

Terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa "Kesenangan" itu adalah subjektif dan tidak ada formula tetap seperti mana kiraan 1+1=2. Jika ini adalah formula yang digunakan untuk kiraan terhadap keperluan Modal insan, saya berani mengatakan bahawa itu masih boleh diterima. Sebaliknya jika formula sebegini digunakan untuk mencapai keperluan Modal Iman saya amat khuatir yang kiraan saya pasti tersilap besar. Sebabnya apabila manusia meletakkan formula sebegini "Harta+Keluarga=Kesenangan" maka hasilnya seperti mana trajedi pada kejadian sufiah. Mengenal pasti apakah asas manusia amatlah penting. Apakah asas binaan manusia yang tanpanya istilah "Kesenangan" itu adalah mengikut istilah kita. Kajian menunjukkan bahawa memandang pada wajah isteri itu mewujudkan kesenangan pada hati suami. Begitu jugalah memandang pada wajah anak itu membentuk kesenangan pada hati isteri. Jadi apakah maksud kesenangan bagi anda?. Apakah benar pernyataan bahawa "Saya boleh membeli kesenangan hidup anda dengan nilai wang?" jika benar demikian berani saya katakan bahawa anda adalah "Murah". Sebabnya kebanyakan perkara subjektif milik manusia amat tinggi nilainya. Jika benar demikian kenapa seorang yang terlantar di kaki lima beralaskan kotak tebal menyatakan dia "senang" dengan keadaan itu. Sebabnya, itu adalah tuntutan kehidupan yang dia rasai dan yang kerap dilihatnya sendiri. Membentuk kehidupan yang lebih baik bukan sukar cuma memakan masa. Jika masa ini kita katakan saya mahu senang. Kita tidak akan senang semudahnya. Usaha dan peluang di dunia ini adalah asbab yang telah dibentuk seasalnya. Sebab dunia bukannya pentas untuk kehidupan utopia. Sebabnya formula kesenangan ciptaan manusia di dunia ini tidak dapat memuaskan kesenangan yang kita maksudkan.

Penyumbang vs Pengkritik Membina

Hari ini wujud ketegangan antara saya dengan seseorang berhubung pengkritik. Timbul keinginan untuk mengkritik menerusi blog. Tapi secara positif pandangan insan tersebut ada benarnya. Sebenarnya apa yang dikatakan oleh orang demikian itu bukanlah maksudnya. Perkara yang saya maksudkan bahawa perlukah kita menjdi pengkritik atau pengkritik membina. Saya berpandangan bahawa tidak ada istilah kritikan membina. Apabila disebut kritikan sudah jelas bahawa kuasa yang dikeluarkan bersifat negatif. Seandainya kuasa negatif dikeluarkan sudah tentu orang yang dikritik akan terasa. Berbeza dengan penyumbang ia akan menghasilkan kuasa positif kepada maksud yang mereka sampaikan. Sudah tiba masanya bagi saya dan semua orang untuk mengubah penyampaian daripada mengkritik kepada penyumbang. Saya percaya penyumbang pemikiran akan berusaha untuk membina hasilnya berbanding mengkritik disebabkan maksud tersirat yang boleh dimanipulasikan.

Manusia lebih mengingat sumbangan berbanding kritikan. Sumbangan adalah kekal dalam kebaikan tetapi kritikan bersifat sementara. Berapa ramai pengkritik yang orang akan ingat kritikan mereka. Tetapi berapa ramai pemimpin dan tokoh penyumbang yang akan di ingat?. Pastinya manusia lebih mengingat penyumbang lebih lama dari pengkritik. Simbol bagi pengkritik ini ada pelbagai bentuk sama ada secara keras bunyi dan maksudnya atau selembut lidah anda. Namun kedua-duanya mengeluarkan kuasa negatif antaranya pemimpin yang di anggap "Pengganas-Terrorist" adalah kasar bunyi dan bahasanya. Bagaimana pula dengan "Penggerak Reformasi-Pengancam"?. Namun jika anda dan saya bergerak sebagai penyumbang InsayAllah mereka selepas kita akan mengingati kita walaupun bukan itu keutamaan kita.